fbpx
Back

4 Langkah Supaya Website Mudah Terpapar Di Google

Dalam dunia digital, setiap brand atau perniagaan ingin website mereka tersenarai sebagai antara website yang terpapar pada halaman pertama dalam enjin pencarian Google. Realitinya, untuk berada pada kedudukan ini anda perlu bersaing sengit dengan ratusan, ribuan malahan jutaan website yang wujud. Ingin berjaya berada pada kedudukan yang gah ini? Ada beberapa perkara  yang perlu anda lakukan, kata orang kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, betul tak?

Jom kita lihat langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencapai impian anda untuk tersenarai di bahagian awal pencarian Google.

#1 Lakukan Kajian Keyword

Kajian keyword SEO adalah langkah pertama yang kritikal kerana ia membantu anda mengenalpasti keyword dan frasa yang ‘trending’ dalam pencarian atau yang sering digunakan prospek semasa mencari perniagaan seperti anda dalam enjin pencarian.

Untuk Melakukan Kajian Ini Anda Perlu:

Meluangkan masa untuk memerah idea

Brainstorm idea tentang keyword yang berpotensi digunakan pelanggan sewaktu mencari produk atau perkhidmatan anda. Ini dapat menjadi titik permulaan yang efektif dalam proses mencari apa yang dapat membantu website anda menarik banyak trafik yang berkualiti.

Jangan lupa untuk memikirkan juga long-tail keyword (kata kunci berjela) yang lebih spesifik. Namun ingat, bukan kesemua keyword yang disenaraikan melalui sesi brainstorming ni boleh diaplikasikan, seperti yang dikatakan tadi, keywords yang dikumpulkan melalui sesi ini boleh menjadi proses permulaan yang baik sebelum senarai ini dikecilkan kepada yang betul-betul relevan.

Kembangkan senarai keyword

Sebaik anda telah mendapat senarai keyword melalui brainstorming, tiba masa untuk memperkembang senarai tadi. Antara teknik yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

Guna keywords yang dilocalizekan: Sekiranya anda memiliki kedai fizikal atau menawarkan perkhidmatan dalam lokasi tertentu, gunakan maklumat lokasi/bandar/negeri anda sebagai keyword. Sebagai contoh, “Nasi Lemak Bandar Baru Bangi.”

Gunakan Google suggest: Perasan tak bila anda taip di ruangan enjin pencarian akan keluar cadangan keseluruhan perkataan yang anda nak taipkan tu? Inilah yang dipanggil sebagai ‘Google suggest’. Gunakan apa yang disenaraikan dalam Google suggest ni sebagai keyword phrase anda.

Lihat similar searches: Selepas anda menekan butang pencarian di Google, anda boleh lihat similar search yang disenaraikan di bahagian bawah sekali muka hasil pencarian tu. Lihat sekiranya ada yang sesuai dengan perniagaan / brand anda.

Lihat pesaing anda: Cara lain untuk memperkembang senarai keyword adalah dengan melihat apa yang membantu ranking pesaing anda.

Kaji volume dan tahap kesusahan (difficulty) keyword

Sebaik selesai mencari apa keyword yang berpotensi untuk digunakan bagi membantu SEO website, kaji pula search volume untuk setiap keyword itu dengan menggunakan Google Keyword Planner.

Kecilkan senarai

Sekarang anda sudah pun tahu apa keyword yang paling tepat, lengkap dengan maklumat berasaskan data (volume) yang dikatakan tadi, kini tibalah masanya untuk mengecilkan senarai yang dibuat.

Pertama, anda perlu membuang keyword yang tidak relevan untuk brand anda. Kemudian, kenal pasti keyword yang berpotensi membantu ranking. Anda perlu memilih keyword yang memiliki search volume bulanan yang tinggi namun keyword difficulty yang rendah. Lihat keyword mana yang digunakan pesaing dan pertimbangkan sama ada anda juga perlu menggunakan keyword / frasa yang sama.

Ingin iWHost ingatkan, bahawa ada banyak lagi teknik keyword yang boleh anda gunakan. Apa yang kami kongsikan di sini hanyalah asas kepada SEO.

#2 Hasilkan Content Atau Kandungan Yang Dioptimumkan Untuk Enjin Carian

Setelah selesai mengkaji keyword yang sesuai, sekarang anda boleh mula menghasilkan content yang berguna atau relevan berdasarkan keyword tadi. Content inilah yang membantu enjin pencarian membuat senarai. Semakin relevan, berisi dan berguna content anda, semakin tinggilah ranking.

Apakah Content Yang Dapat Menaikkan Ranking?

Isi yang panjang: Walaupun tidak salah untuk menghasilkan blog post yang tidak begitu panjang untuk sesetengah artikel, kebanyakan artikel atau website yang berada pada kedudukan teratas dalam enjin pencarian memiliki lebih daripada 2,000 patah perkataan. Blog seperti ini selalunya padat dengan info dan komprehensif.

Mudah untuk dibaca: Walaupun perniagaan anda adalah sejenis bisnes yang agak kompleks atau rumit, penting untuk anda memastikan bahawa content anda mudah untuk dihadam oleh pembaca. Content yang ditulis dalam pecahan yang kecil, menggunakan heading dan bullet point, mudah untuk dibaca dan membantu menaikkan nilai SEO website anda.

Terkini: Google menyukai isi yang terkini, begitu juga dengan pengguna enjin pencarian yang lain. Website yang berada pada ranking teratas menawarkan content yang relevan dan updated. Oleh itu, kerapkan update artikel-artikel lama untuk mengekalkan atau menaikkan ranking.

Tips lain: Gunakan keyword dalam 100 perkataan terawal dalam blogpost atau page anda. Gunakan juga keyword pada bahagian awal tajuk. Selain itu, gunakan keyword pada salah satu daripada heading H2 dan juga bahagian lain seperti penerangan, meta-tags serta URL post. Jangan lupa juga bahagian alt text, caption dan tajuk imej (mana-mana yang sesuai).

#3 Fokus Kepada Elemen SEO Off-Page

Sebelum itu, tahukah anda apa itu on-page SEO dan off-page SEO? Jangan risau, admin terangkan…

On-page SEO: Melibatkan content yang dioptimumkan, meta tag dan banyak lagi elemen lain yang ada dalam website anda. Antara contohnya adalah content marketing, kelajuan website, imej dan keyword optimization.

Off-page SEO: Melibatkan apa sahaja aktiviti yang dapat membantu memperkenalkan website anda melalui website lain. Contohnya adalah seperti link-building, media sosial dan penulis jemputan.

Untuk point ini, admin nak jelaskan dengan lebih mendalam tentang off-page SEO. Untuk pengetahuan anda, off-page SEO membantu menaikkan trafik kepada website anda yang dalam masa yang sama mewujudkan backlink yang berkualiti. Backlink ialah link daripada website lain kepada content anda. Inilah faktor nombor 1 ranking di Google yang menunjukkan bahawa content anda adalah berkualiti tinggi.

Ini Adalah Antara Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Secara Off-Page:

  1. Kongsikan content di media sosial
  2. Hasilkan blogpost untuk website lain
  3. Berhubung dengan influencer
  4. Komen dalam blog lain
  5. Sertai komuniti online
  6. Gunakan semula content sebagai video

#4 Pantau Dan Uji

SEO sentiasa berubah. Google seringkali mengubah algoritma mereka, oleh sebab itu, penting untuk setiap perniagaan sentiasa peka dengan trend terbaru SEO dan pantas mengambil langkah serta mengatur strategi baru untuk sentiasa berada di hadapan.

Bukan ini sahaja yang sering berubah, tapi juga kata kunci yang pelanggan gunakan untuk mencari perniagaan / brand anda. Lakukan analisis trafik website dari masa ke masa dan lihat prestasi setiap keyword.

Semoga artikel ini dapat membantu anda menghasilkan website yang berkualiti dan dapat membantu menaikkan ranking anda di mata Google. Jangan sesekali putus asa, anda akan pasti berjaya mencapai apa yang diimpikan. Selamat maju jaya!

lamanexpert
lamanexpert
http://lamanexpert.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *