fbpx
Back

4 Mindset Yang Perlu Ada Pada Usahawan Baru

Sebagai usahawan, anda pastinya ada matlamat yang ingin dicapai dalam dunia perniagaan. Semestinya anda mahu berjaya namun kadangkala matlamat yang anda impikan itu melangkaui dunia realiti dan menyebabkan anda berasa sedih jika gagal mencapai. Oleh, itu anda perlu wujudkan 4 mindset ini jika anda mahu terus berjaya dan bertahan lama dalam industri ini.

1. Jangan berangan dengan andaian bahawa anda akan berjaya buat kali pertama

Ramai bakal usahawan tidak sabar untuk merasai kejayaan yang akan terhasil daripada idea perniagaan mereka. Sudah tentu, mempunyai kepercayaan dan keyakinan adalah antara ciri keusahawanan yang paling penting, namun anda juga perlulah berhati-hati.

Jika anda tidak melihat kegagalan sebagai langkah biasa dalam perjalanan menuju kejayaan, maka ia boleh ‘meruntuhkan’ anda jika perkara itu berlaku.

Ini boleh menyebabkan rasa tidak puas hati, putus asa dan hilangnya keyakinan diri. Oleh itu, bersedialah untuk sebarang jenis senario dan lihatlah kegagalan sebagai sumber yang luar biasa untuk belajar daripada kesilapan.

2. Kumpulkan ahli profesional dalam pasukan

Pasti pada mulanya anda akan bersendirian. Namun, apabila masa berlalu dan perniagaan anda cuba berkembang, anda semestinya memerlukan sokongan.

Ketika itulah proses pengambilan pekerja berlaku. Kesilapan biasa yang dilakukan dalam kalangan bakal usahawan ialah mereka kelihatan kurang keyakinan untuk mengambil pekerja profesional. Mereka sebaliknya menerima individu yang kurang berpengalaman ditambah pula dengan etika kerja yang meragukan.

Pendekatan ini berisiko menggugat perniagaan anda yang sudah rapuh pada peringkat awalnya. Walaupun anda baru bermula, itu tidak bermakna idea, produk atau perkhidmatan anda tidak layak mendapat sokongan terbaik daripada segi sumbangan staf.

3. Labur, labur dan labur

Jika anda menganggap pelaburan awal adalah satu-satunya pelaburan yang perlu anda buat, anda silap.

Pastinya perniagaan anda berpotensi untuk berkembang dan impian anda untuk mendapat keuntungan berkali ganda boleh menjadi realiti.

Namun, sebelum anda ingin menempah tiket kapal terbang kelas pertama ke destinasi idaman, berhenti sebentar. Sebuah perniagaan memerlukan pelaburan yang berterusan dari segi wang, tenaga dan masa. Terima hakikat bahawa anda perlu melabur semula sejumlah besar keuntungan.

4. Kekal dalam asas perniagaan namun tetap terbuka kepada pendekatan dan model baharu

Sebagai contoh, bidang kepakaran anda adalah industri IT. Ia sememangnya niche perniagaan yang sangat dinamik dengan banyak trend dan pendekatan baharu.

Oleh itu, anda perlulah membiasakan diri dengan teknik perniagaan lama serta model dan perubahan baharu yang dilaksanakan. Anda mungkin lebih suka kaedah kerja sedia ada tetapi ini tidak bermakna kita tidak perlu memberi perhatian kepada trend organisasi baharu, bersikap fleksibel dan bersedia untuk berubah.

Bagi sesetengah orang, business mindset datang secara semula jadi. Sebilangan besar daripada kita mungkin perlu mendidik diri sendiri tentang cara untuk melaksanakannya dalam pelan penubuhan perusahaan kita.

Pada akhirnya, ia mendatangkan banyak hikmah buat perniagaan yang kita usahakan selain sentiasa mengajar dan membawa diri ke tahap pertumbuhan dan pembangunan diri yang lebih tinggi.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “4 Mindset Yang Perlu Ada Pada Usahawan Baru” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda. Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah.

lamanexpert
lamanexpert
http://lamanexpert.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *